Saturday, August 11, 2012

Sayang Banyak ke Sikit ?


Assalamualaikum...

dah lama tak update . so, malam ni rasa macam nak update sangat , sebab boring online memanjang .

aku nak share something.

something yang aku agak penting bagi aku .

aku kan . aku kan . aku kan.............................

aku terlampau sayangkan sesuatu ni sampai aku rasa aku dah tak mampu nak jaga .
maybe ade yang tak faham ape yang aku cuba sampaikan ni . sebab aku tak nak mention apa-apa .
takut salah faham atau tersalah bicara .

tahu tak? sayang ni ada banyak . nak sayang yang macam mana? sayang banyak ke sayang sikit?

kalau kita bagi sesuatu yang sangat kita sayangi tu pada orang lain dengan rela hati dan ikhlas, kita akan dapat ganjaran setimpal dengan apa yang kita beri .


CONTOH : Aku sayangkan jam aku sangat-sangat sebab aku sanggup kumpul duit sampai tak belanja langsung semata-mata untuk dapatkan jam tu. One day, aku rasa kesian sangat dekat seorang budak ni sebab dia tak pernah ada jam . So, dengan rela hati aku bagi jam yang aku sayang sangat-sangat tu pada budak tu sebab kesian dekat dia . Aku tahu aku mampu dapatkan jam yang lebih baik lagi berbanding budak tu yang hidup susah *kais pagi makan pagi, kais petang makan petang* .






Allah S.W.T akan bagi aku ganjaran setimpal dengan apa yang aku beri pada orang lain dengan rela hati . Kalau aku bagi benda yang aku sayang sikit je , maka Tuhan akan bagi aku ganjaran yang sikit jugak .

Lebih afdal , kita berikan sesuatu yang paling kita sayang kepada orang lain dengan rela hati jika diperlukan . Bukannya bagi sesuatu yang kita sayang sikit atau yang kita dah tak nak pada orang lain .

Siapa yang tak nak dapat ganjaran baik yang banyak dari Maha Pencipta kita Allah s.w.t ? Mesti semua orang nak kan ?

Jadi, masalah ni lah yang aku telah alami sepanjang hidup aku . Kadang-kadang , aku rasa serba salah bila kena memilih . sesuatu yang aku sayang, aku kena lepaskan ? bukan senang nak dapat tanpa usaha . Tapi aku sedar , Tuhan tu lebih berkuasa dan lebih mengetahui apakah hikmah di sebalik semua permasalahan ni . Aku tak boleh biarkan rasa sayang aku tu menandingi rasa sayang aku pada Allah s.w.t . Berdosa besar ok ?

Lepas ni, aku tak boleh ragu-ragu nak bagi sesuatu yang sangat aku sayang pada orang lain . Sebab aku nak dapatkan ganjaran yang besar dari-Nya :]


Aku harap benda ni bermanfaat untuk diri aku dan semua orang.




♥ tulus dan ikhlas dari lubuk hati yang dalam ♥

No comments:

Post a Comment

no copycat please!