Saturday, August 6, 2011

hati-hati dalam BERCINTA

assalamualaikum... :)
hari ni nak kongsi satu kisah yang agak boleh dijadikan pengajaran ataupun tidak >.<
apa apa pun bacalah dulu entri ni. barulah tahu boleh dijadikan pengajaran ke tidak, ok?

kisah ni aku ada short cut sikit . ambil yang penting aje ye? :)


**************************************************************************************

kisah bermula apabila seorang gadis yang tak pernah bercinta nak sangat rasa macam mana berada di alam percintaan. Dia pun mulalah menjebakkan diri dia ke lembah percintaan yang dia anggap sungguh membahagiakan . So, dia pun mula mengambil keputusan untuk mencari jejaka yang berkenan dengan dia >.< di dalam laman muka buku . MUKA BUKU tu kan antara laman sesawang yang popular . mesti dapat sambutan orang ramai kan? Dengan cara tu, dia anggap jalan paling mudah untuk dapat buah hati . Cari punye cari,, akhirnya dapat jugak . Perkenalan gadis tu dengan seorang jejaka ni yang dikenali sebagai "abang" bermula bila gadis tu add si abang . and time si abang tu nak approve,, mestilah dia tengok nama dulu kan? so, si abang ni rasa nama perempuan tu cute gila! dengan serta merta si abang tu pun confirm kan lah dengan menganggap perempuan tu sangat2 cute seperti nama nya .

Lepas pada tu, diorang berdua pun ber-chantting . saling bertukar-tukar number hp dan sebagai nye...actually, si abang tu ada relationship dengan orang lain . dekat muka buku dia dah terang-terangan tertulis nama fb buah hati dia tu . Sampai lah satu tahap ni, si abang tu mula ajak couple . Si gadis tu apa lagi? gembiranya tak terkata! Tapi dalam masa yang sama si gadis tu ragu-ragu lah dengan si abang tu . bukan ke dia dah ade relationship dengan orang lain? soal punye soal . Last2, si abang tu bagi alasan yang relationship tu cuma MAIN2 je . BUKAN BETUL2 pun . Just buat relationship tu dengan best friends forever dia lah KONONNYA!

Si gadis tu pun akhirnya cair lah dengan pujuk rayu si abang tu . Di tambah pula, si abang tu miliki satu suara yang sangat2 manja mengalahkan kucing! So, si gadis tu pun percayalah sebab selama dia kenal si abang tu, dia rasa si abang tu tak pernah tipu dia apa apa lagi.
Sejak diorang dah couple ni,,memang selalu sangat contact . hampir tiap2 malam calling2 sakan sampai habis kredit. Tapi calling nya time mid-night . Baru syok lah KONONNYA! every petang pun selalu jugak calling. Tak tahulah apa function sebenar diorang calling sakan . Si gadis ni pula mula lalai , jadi semakin malas buat itu ini . tiap2 malam dia akan tunggu si abang tu call, tak pun dia sendiri yang call. Benda lain dia tak peduli dah . Lantaklah apa nak jadi sekali pun . Kononnya, rindu gila2 bila tak dapat dengar suara si abang tu sebelum tidur . Menyampah aku >.< !

Couple punya couple,, sampai satu tahap ni.. yang KONONNYA best friends forever si abang tadi tu pun add lah si gadis tu . Ajak berkawan . Yang sebenarnya perempuan tu nak korek rahsia daripada si gadis ni . Tapi si gadis ni tak tahu apa apa . Then, pada hari yang sama si abang tu tahu perempuan tu add si gadis . Jadi, cepat2 dia calling si gadis dan berpesan kalau best friends dia add dan tanya apa2 pasal hubungan mereka berdua..just cakap yang diorang tu hanyalah KAWAN BIASA , tak lebih dari tu . Si gadis tu pun tanpa cakap banyak , dia pun setuju . Tapi dalam masa yang sama dia kecik hati juga . Sampai hati bf dia suruh dia buat macam tu ? si gadis tu memang sedih gila2 lah . Tapi dia still boleh bersabar lagi sebab dia sayang sangat dekat si abang . Dia ikut arahan si abang tadi sebab nak tahu apa yang akan jadi seterusnya . Dalam masa yang sama rupa-rupanya si abang tu bergaduh besar dengan bestie dia KONONNYA tu . sebab apa diorang gaduh besar? sebab bestie si abang tu sebenarnya bukannya best friends forever ! tapi KEKASIH pada si abang tu . Dah 5 tahun diorang bersama . tak tahu lah apa motif si abang tu curang...haish! ni lah lelaki zaman sekarang . tak boleh pakai! tapi bukan semua macam tu kan? KEBANYAKKAN nya sahaja :)

ok . nie je untuk hari ni . sambungannya next time ok?
banyak lagi sambungnya . tak kan nak tulis entri ni panjang berjelar-jelar?
tak boleh lah kan? nanti mood nak membaca tu kurang . lagi2 untuk orang2 yang malas membaca tu,, confirm dia tutup terus! >.<


nex time aku update lagi cerita ni .
dalam masa terdekat lah kan? harap yang membaca tu sabar ye? THANKS :)

Kbye :)
♥ tulus dan ikhlas dari lubuk hati yang dalam ♥

No comments:

Post a Comment

no copycat please!