Monday, April 30, 2012

Kisah Aku


Assalamualaikum...  :)

minggu lepas bersamaan dengan 24 April 2012 iaitu pada hari Selasa , Kejohanan Softball MSSD Mersing 2012 telah diadakan di Padang SMK Sri Mersing . Ye , sekolah aku tu . Sekolah sendiri . Jadi tuan rumah tahun ni . Berdebar rasanya .

1st : pagi-pagi siap cepat-cepat . tak sabar nak lawan . sangat berdebar . bangga dapat pakai jersey sofbol yang berwarna kuning tu .

2nd : aku yang bernombor 14 dan bernama IZZATI pada jersi kuning tu, berasa sangat-sangat berlagak apabila melangkah kan kaki masuk ke pintu sekolah . *naik motor sebenarnya ni* . aku naik ke class yang berada di tingkat 3 dengan semua barang2 aku , beg, air , boot and bla bla bla..... *class aku depan padang je kot*

3rd : mood semua players sofbol tiba-tiba hilang lepas kena sound dengan 'ayah' kami . huaaaaaaaaaaaaaaa -,- . kena sound sebab pakai tudung sarung je kot . simple je . benda-benda macam tu dah jadi masalah besar untuk kami di pagi hari . mood memang betul-betul hilang 100 % . kami bengang . ada players yang rasa marah dan mula nak tarik diri daripada game . players penting tu . kami kena pujuk dia semula . demi sekolah . kami tetap teruskan jugak . coach bagi nasihat . kami kena ignored kan apa yang dikatakan oleh 'ayah' .

4th : perlawanan pertama adalah antara SMK SRI MERSING VS SMK MERSING (SIAPU) . saingan yang cukup hebat . players yang sangat lasak dan kuat . kami berusaha sedaya kami untuk memenangi game pertama ini . tapi malang . kami tak cukup kuat . meski ada juga penyokong yang sanggup tak masuk class sebab nak sokong kami . maafkan kami .

first game ni aku tak jaga diamond . aku dipilih untuk batting . aku jadi batter yang ke 3 . sungguh berdebar . semua meletakkan harapan pada aku untuk bat hingga ke outfield . tapi apakan daya, nasib tidak menyebelahi aku . aku berdiri kaku . dan semua balingan adalah strike ! empayar melaungkan " batter you out " kepada aku . sungguh kecewa !

5th : perlawanan antara SMK SRI MERSING VS SMK NITAR . saingan yang agak sama level seperti kami . tidak rasa terlalu tergugat . kami yakin kami boleh lakukannya . malangnya , kami lemah di bahagian batting . mati dalam permainan begitu sahaja . memberi kesan kepada keputusan .

6th : perlawanan antara SMK SRI MERSING VS SMK UNGKU HUSSIN . saingan yang agak kuat . dalam game ini aku menggantikan outfield base 3 . sungguh berdebar . aku benci jadi outfield . aku juga dipilih untuk menjadi batter yang ke 8 . tempat aku digantikan oleh auni , catcher kami . malangnya, dia mengalami kecederaan di bahagia mata . bola aim terus ke matanya . kesian . tempatnya sebagai catcher telah digantikan oleh amira . aku turut menggantikan amira di base 3 . sangat berdebar . aku dan amira harus memainkan peranan . tidak boleh membiarkan pihak lawan mendapatkan mata yang seterusnya .

tapi malang , semua nasib tidak menyebelahi kami . tapi kami bersyukur dapat menghabiskan perlawanan ini dengan baik . meskipun, tidak dapat menaikkan nama sekolah tapi kami telah pun berusaha .

terima kasih kepada coach kami , En. Ahmad Nazmi yang melatih kami selama ini . yang melatih saya untuk mahir dalam skill menangkap bola dan sebagainya sejak tahun lepas . terima kasih juga kepada Pn. Norasikin yang sudi turun padang untuk menjadi pengurus kami bersama Pn. Noorli meskipun dia dah pencen jadi pengurus sofbol sebenarnya .

Terima Kasih juga kepada penyokong yang sudi turun padang untuk memberikan sokongan dan memeriahkan lagi suasana .  :)

Tahun depan aku dan beberapa orang lagi players dah takde . tak dapat nak wakil sekolah . aku sayangkan team sofbol aku . sedih ah gini :(




* pemain wanita


*pemain lelaki*/ merah (L15) / biru (L18)


*sebelum lawan 2nd game*






Kbye  :)





♥ tulus dan ikhlas dari lubuk hati yang dalam ♥

No comments:

Post a Comment

no copycat please!